Monday 22 April 2013

……bertemunya kita,adalah dari aturan Allah swt……


……bertemunya kita,adalah aturan Allah swt……

Jatuhnya langkahku di sebuah universiti yang jauh dari keluarga tercinta…amat menguji peribadi…..
berMulanya aku untukmengenal dunia baruku ditanah negeri yang bukan tumpahnya darahku….
Ujian demi ujian mula menghempas diri yang sedang terapung-terapung mempertahankan iman sendiri yang masih goyah…

Namun begitu, aturan ALLAH itu cantik..tertariknya hati untuk mengenali seorang muslimah ini..secara tidak kebetulan disaat minggu destini siswa,dia ditugaskan untuk menjaga kolejku…jadi apa lagi ‘take this chance to know about her’….

Dipendekkan cerita..dia dah jadi naqibah saya…seronok sangat kerana bertemu dengan sikakak comel ini..
Kami menjadi sahabat yang baik sampai sekarang…in shaa Allah ‘Till Jannah’….
Actually, bukan nak cerita kisah saya pun,just want to share with u all that ALLAH is the best planner in the world…

Alhamdulillah ALLAH kirimkan sidia untuk membimbing saya kejalan yang ALLAH redhai…
Dengan usrah kami luangkan masa bersama-sama..disitu kami bergembira,bergelak tawa dan bersedih bersama-sama berkongsi cerita bukan bab-bab agama je tapi macam-macam ade…wah!! Sangat merindui this moment….

Terima kasih sikakak comel kerna sudi bersamaku semasa dikampus..disaat diri jauh dari keluarga..kaulah kakakku…

Dengan izin ALLAH,bertemunya kita..telah banyak perubahan yang berlaku kepada diri aku yang hampir-hampir kalah dengan iman dan nafsu sendiri..alhamdulillah dengan usrah aku mula menyedari bahawa aku hampir-hampir ke lembah jahiliyyah….maka dari situlah aku mula mendekatkan diri dengan PENCIPTAKU…

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH,MAHA PENYAYANG….segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam..MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..pemilik hari pembalasan..hanya kepda ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepda ENGKAU kami mohon pertolongan…tunjukkanlah kami jalan yang lurus..iaitu jalan-jalan orang beriman kepda ENGKAU dan bukan pula jalan yang ENGKAU murkai dan bukan jalan yang sesat…

Demikianlah maksud al-fatihah yang penuh dengan isi tersirat dan doa buat insan-insan yang sering alpa dan memerlukan petunjuk ALLAH swt…hayatilah ia sebaik mungkin dan amalkannya…nescaya ALLAH itu MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI….

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah syukur aku kehadrat ILLAHI kerna telah member peluang kepda aku dengan mengembalikan hidayat buatku..aku harap hidayat ini berkekalan hingga ke akhir hayatku…”Wahai Tuhan kami,janganlah ENGKAU condongkan hati kami kepada kesesatan setelah ENGKAU berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMU,sesungguhnya ENGKAU MAHA PEMBERI”
(al-imran:8)

Lihat sahabat-sahabat..didalam al-quran bermacam-macam doa dan panduan yang telah ALLAH catatkan buat hamba-hambaNYA..kasih nya ALLAH pada kita…Nabi saw juga bersabda bahawa ‘telah aku tinggalkan dua perkara,iaitu sesiapa yang berpegang dengannya maka dia tidak akan sesat yakni Al-Quran Dan As-Sunnah’..demikian telah tercatat peringatan buat kita sebagai hamba ALLAH YANG ESA…
Apa-apapun…terima kasih YA ALLAH kerana ENGKAU telah kirimkan sidia untuk menyedarkan diri yang hina ini…terima kasih my naqibah…smoga ALLAH membalas jasa baikmu didunia jua diakhirat…smoga kita bertemu jua diJANNAH ILLAHI….



“YA ALLAH, YA TUHANKU…jika mati itu terbaik untuk aku, maka matikanlah aku didalam iman,dialam kubur bersama iman,dihari kebangkitan juga bersama iman,dihari pembalasan juga bersama iman..kesyurga juga bersama iman..ameen..”