Sunday 12 May 2013

Meskipun ubat disisi,tanpa izinNYA sakit jualah yang menemani


Meskipun ubat disisi,tanpa izinNYA sakit jualah yang menemani


Assalamualaikum wbt…..

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ILLAHI dengan limpah kurniaan yang diberikan oleh NYA untuk kita sama-sama meneruskan hidup sehingga saat ini bersama nikmat iman dan islam yang diberikan…..tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan kita nabi Muhammad saw yang merupakan pesuruh Allah swt dalam menyampaikan peringatan-peringatan buat hamba-hambaNYA didunia ini…

Seseungguhnya pemergian baginda saw sangat-sangat menyedihkan hati-hati yang mencari keredhaan,cinta dan rahmat Allah swt :'(…. Marilah sama-sama kita berselawat keatas baginda saw sebagai tanda rasa rindu,kasih dan cinta pada baginda saw “Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wassalim”…..semoga iaanya memberi syafaat kepada kita diakhirat nanti… tiadanya baginda saw pada ketika ini tidak bermakna terhentinya segala perjuangan baginda saw, maka tugas kita lah untuk menyambung dakwah-dakwah yang baginda tinggalkan ini... meskipun baginda tiada disisi, dekatkanlah diri-diri kita dengan para ulama’ dan ilmuan ketika ini…

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,hari ni just nk share about “the NikmAT given By ALLAH SWT”
Sihat atau sakit itu juga adalah nikmat yang Allah kurniakan buat kita….. jadi usahlah kita mengeluh diatas setiap Allah swt kurniakan kerna itu semua nikmat yang tidak terhingga buat hamba-hambaNYA….
Jika diberi kesihatan maka ucapkanlah Alhamdulillah dan perbanyakan lah istighfar untuk koreksi diri kerana terdapat didalam sebuah hadis yang mengatakan “tidak beriman seseorang selagi mana dia belum diuji”, ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya ujian kesihatan sahaja malah dari segi kewangan emosi dan juga fizikal. Manakala, jika diberi kesakitan pula maka ucapkan Alhamdulillah kerna Allah memberi peluang untuk kita mengenang apa yang telah kita lakukan didunia ini,dan semoga sakit ini penghapus dosa-dosa kita yang lalu…bertaubatlah kita sebelum berpisahnya roh dari jasad kita…Allahu Rabbi

Melihat pada kesihatan diri yang dikurniakan Allah swt…maka diri mula lupa itu adalah kurniaan Allah swt… hari-hari berlalu tanpa ada rasa syukur pada ILLAHI..astaghfirullah…. tiba-tiba diri ini terpaksa berperang  dengan kesakitan yang dialami…mulalah teringat akan PENCIPTAKU yang MAHA ESA…astaghfirullah.. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku sesungguhnya aku telah lupa akan nikmat yang engkau berikan….
Terima Kasih Ya Allah kerana telah engkau telah kurniakan kesakitan untuk aku ini….dengan nikmat kesakitan yang diberikan aku mula muhasabah diri..astaghfirullah banyaknya dosa hambaMU ini Ya Allah…. “ Ya Allah Ya Tuhanku,aku bermohon kepadaMU ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibubapa serta saudara-saudara islamku…Ya Allah Ya Tuhanku semoga sakit ku ini penghapus dosa-dosa hambaMU yang lalai lagi hina ini”..ameen….

Benarlah pepatah melayu yang dipopularkan bila senang dilupa-lupakan dan bila susah mulalah terhegeh-hegeh… Ampunkan hambamu ini YA ALLAH…. Semoga sakit kali ini membuatkan hambaMU ini tidak lagi lalai, alpa, sombong, dan takbur akan nikmat yang engkau berikan ini…. Sesungguhnya kasih sayangMU kepada hamba-hambaMU ini sangatlah tidak terhingga untung dihitung…..

SAHABAT-SAHABAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT… meskipun sakititu diubati dengan pelbagai jenis ubat…dengan beberapa orang doctor-doctor pakar jika Allah tidak izinkan untuk kesembuhan sakit itu usah bermimpi untuk sihat…. Usah bermimpi sakit mu akan hilang jika diri kita itu JAUH dari ALLAH SWT…
Kerna semua itu berlaku dengan KEHENDAKNYA….jika DIA kata “jadilah,maka jadilah ia seperti yang DIA kehendaki” tiada siap pon yang bisa  menghalangiNYA…….


“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI”
“SESUNGGUHNYA ALLAH SWT LEBIH MENGASIHI MUKMIN YANG LEBIH KUAT (SIHAT)”