Wednesday 29 January 2014

~Kasihkan KUCING,salah satu sifat Nabi SAW ~

Assalamualaikum w.b.t.....

Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar.....
SubhnaAllah....Alhamdulillah....Allahu Akbar....

Bersyukur kehadrat Ilahi ats sgala kenikmatan masa, idea, umur, kekuatan dan semuanya yang diberikan......selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w tercinta..kekasih hati yang selalu dirindui....Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa'ala Alihi Wasohbihi Ajmain.....
Sollu 'ala Nabi s.a.w ya sohibi... :)

Alhamdulillah tidak terhingga kepada Allah s.w.t.....kerna telah membenarkan jari-jemari ini untuk menaip sesuatu yang bermanfaat inshaAllah...untuk tatapan bersama dan peringatan diri...malah bukan untik mencari populariti pon...... 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah kerna telah dberi keizinan oleh YANG MAHA ESA untuk berkarya dipagi ini....bukan karya sangat pon...hehehe
cerita bermula....1...2...3
ta....daaaaa...

Setelah sekian lama diri berada dikampus.....merindui family yang teramat sangat...maka slesainya final paper of this semester....cepat-cepat cabut lari rumah untuk melihat kondisi family tercinta....
Alhamdulillah dengan keyakinan Allah itu Sebaik-baik Penjaga....
Family brada dalam keadaan baik dan bahagia......

Setelah beberapa hari berada dirumah,sebelum berangkat ke Perak kembali...tertarik hati melihat gelagat si anak buah yang macam-macam kerenah...merindui dan menyanyangi mereka teramat sangat...
apa yang benar-benar tersentuh hati saya adalah....seorang anak buah yang diberi nama Muhammad Muqri Harraz yang sangat peramah dan menyanyagi kucing dirumah..even kucing itu mengigitnya dia terus membelai kucing itu....respect sgt... :) bukan apa....kadang-kadang susah dah nak tengok budak2 yang sukakan haiwan nie...tapi saya suka akan anak-anak sedara saya yang sangat kasihkan haiwan..sampaikan setiap kali ada haiwan pelihara mati..anak sedara pasti akan menangis dan satu family kami akan nangis...
AllahuRabbi....rahmatilah kami....


Muhammad Muqri Harraz bersama kucing kesayangannya..:)




Dek kerana keseronokan melihat anak sedara tengah melayan krenah kucingnya itu....teringat saya kepda kisah Kekasih Hati kita MUhammad SAW yang mana sangat menjaga kucingnya...Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.  Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya.  Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. 

Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.  Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH SAW.. :)

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.  

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya. 

Jadi....Jadi....jangan takot kucing ye sahabat...sayang lagi...sayang lagi...sayang lagi pada haiwan tu...saya akan ikot apa yang KEKASIH HATI saya buat...inshaAllah...

solehahwannabe...inshaAllah...

HUBUNGAN DENGAN MAHKLUK ALLAH AKAN TERJAGA, BILA HUBUNGAN DENGAN ALLAH TERJAGA....INSHAALLAH...

Sunday 12 May 2013

Meskipun ubat disisi,tanpa izinNYA sakit jualah yang menemani


Meskipun ubat disisi,tanpa izinNYA sakit jualah yang menemani


Assalamualaikum wbt…..

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ILLAHI dengan limpah kurniaan yang diberikan oleh NYA untuk kita sama-sama meneruskan hidup sehingga saat ini bersama nikmat iman dan islam yang diberikan…..tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan kita nabi Muhammad saw yang merupakan pesuruh Allah swt dalam menyampaikan peringatan-peringatan buat hamba-hambaNYA didunia ini…

Seseungguhnya pemergian baginda saw sangat-sangat menyedihkan hati-hati yang mencari keredhaan,cinta dan rahmat Allah swt :'(…. Marilah sama-sama kita berselawat keatas baginda saw sebagai tanda rasa rindu,kasih dan cinta pada baginda saw “Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wassalim”…..semoga iaanya memberi syafaat kepada kita diakhirat nanti… tiadanya baginda saw pada ketika ini tidak bermakna terhentinya segala perjuangan baginda saw, maka tugas kita lah untuk menyambung dakwah-dakwah yang baginda tinggalkan ini... meskipun baginda tiada disisi, dekatkanlah diri-diri kita dengan para ulama’ dan ilmuan ketika ini…

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,hari ni just nk share about “the NikmAT given By ALLAH SWT”
Sihat atau sakit itu juga adalah nikmat yang Allah kurniakan buat kita….. jadi usahlah kita mengeluh diatas setiap Allah swt kurniakan kerna itu semua nikmat yang tidak terhingga buat hamba-hambaNYA….
Jika diberi kesihatan maka ucapkanlah Alhamdulillah dan perbanyakan lah istighfar untuk koreksi diri kerana terdapat didalam sebuah hadis yang mengatakan “tidak beriman seseorang selagi mana dia belum diuji”, ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya ujian kesihatan sahaja malah dari segi kewangan emosi dan juga fizikal. Manakala, jika diberi kesakitan pula maka ucapkan Alhamdulillah kerna Allah memberi peluang untuk kita mengenang apa yang telah kita lakukan didunia ini,dan semoga sakit ini penghapus dosa-dosa kita yang lalu…bertaubatlah kita sebelum berpisahnya roh dari jasad kita…Allahu Rabbi

Melihat pada kesihatan diri yang dikurniakan Allah swt…maka diri mula lupa itu adalah kurniaan Allah swt… hari-hari berlalu tanpa ada rasa syukur pada ILLAHI..astaghfirullah…. tiba-tiba diri ini terpaksa berperang  dengan kesakitan yang dialami…mulalah teringat akan PENCIPTAKU yang MAHA ESA…astaghfirullah.. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku sesungguhnya aku telah lupa akan nikmat yang engkau berikan….
Terima Kasih Ya Allah kerana telah engkau telah kurniakan kesakitan untuk aku ini….dengan nikmat kesakitan yang diberikan aku mula muhasabah diri..astaghfirullah banyaknya dosa hambaMU ini Ya Allah…. “ Ya Allah Ya Tuhanku,aku bermohon kepadaMU ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibubapa serta saudara-saudara islamku…Ya Allah Ya Tuhanku semoga sakit ku ini penghapus dosa-dosa hambaMU yang lalai lagi hina ini”..ameen….

Benarlah pepatah melayu yang dipopularkan bila senang dilupa-lupakan dan bila susah mulalah terhegeh-hegeh… Ampunkan hambamu ini YA ALLAH…. Semoga sakit kali ini membuatkan hambaMU ini tidak lagi lalai, alpa, sombong, dan takbur akan nikmat yang engkau berikan ini…. Sesungguhnya kasih sayangMU kepada hamba-hambaMU ini sangatlah tidak terhingga untung dihitung…..

SAHABAT-SAHABAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT… meskipun sakititu diubati dengan pelbagai jenis ubat…dengan beberapa orang doctor-doctor pakar jika Allah tidak izinkan untuk kesembuhan sakit itu usah bermimpi untuk sihat…. Usah bermimpi sakit mu akan hilang jika diri kita itu JAUH dari ALLAH SWT…
Kerna semua itu berlaku dengan KEHENDAKNYA….jika DIA kata “jadilah,maka jadilah ia seperti yang DIA kehendaki” tiada siap pon yang bisa  menghalangiNYA…….


“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI”
“SESUNGGUHNYA ALLAH SWT LEBIH MENGASIHI MUKMIN YANG LEBIH KUAT (SIHAT)”

Monday 22 April 2013

……bertemunya kita,adalah dari aturan Allah swt……


……bertemunya kita,adalah aturan Allah swt……

Jatuhnya langkahku di sebuah universiti yang jauh dari keluarga tercinta…amat menguji peribadi…..
berMulanya aku untukmengenal dunia baruku ditanah negeri yang bukan tumpahnya darahku….
Ujian demi ujian mula menghempas diri yang sedang terapung-terapung mempertahankan iman sendiri yang masih goyah…

Namun begitu, aturan ALLAH itu cantik..tertariknya hati untuk mengenali seorang muslimah ini..secara tidak kebetulan disaat minggu destini siswa,dia ditugaskan untuk menjaga kolejku…jadi apa lagi ‘take this chance to know about her’….

Dipendekkan cerita..dia dah jadi naqibah saya…seronok sangat kerana bertemu dengan sikakak comel ini..
Kami menjadi sahabat yang baik sampai sekarang…in shaa Allah ‘Till Jannah’….
Actually, bukan nak cerita kisah saya pun,just want to share with u all that ALLAH is the best planner in the world…

Alhamdulillah ALLAH kirimkan sidia untuk membimbing saya kejalan yang ALLAH redhai…
Dengan usrah kami luangkan masa bersama-sama..disitu kami bergembira,bergelak tawa dan bersedih bersama-sama berkongsi cerita bukan bab-bab agama je tapi macam-macam ade…wah!! Sangat merindui this moment….

Terima kasih sikakak comel kerna sudi bersamaku semasa dikampus..disaat diri jauh dari keluarga..kaulah kakakku…

Dengan izin ALLAH,bertemunya kita..telah banyak perubahan yang berlaku kepada diri aku yang hampir-hampir kalah dengan iman dan nafsu sendiri..alhamdulillah dengan usrah aku mula menyedari bahawa aku hampir-hampir ke lembah jahiliyyah….maka dari situlah aku mula mendekatkan diri dengan PENCIPTAKU…

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH,MAHA PENYAYANG….segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam..MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..pemilik hari pembalasan..hanya kepda ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepda ENGKAU kami mohon pertolongan…tunjukkanlah kami jalan yang lurus..iaitu jalan-jalan orang beriman kepda ENGKAU dan bukan pula jalan yang ENGKAU murkai dan bukan jalan yang sesat…

Demikianlah maksud al-fatihah yang penuh dengan isi tersirat dan doa buat insan-insan yang sering alpa dan memerlukan petunjuk ALLAH swt…hayatilah ia sebaik mungkin dan amalkannya…nescaya ALLAH itu MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI….

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah syukur aku kehadrat ILLAHI kerna telah member peluang kepda aku dengan mengembalikan hidayat buatku..aku harap hidayat ini berkekalan hingga ke akhir hayatku…”Wahai Tuhan kami,janganlah ENGKAU condongkan hati kami kepada kesesatan setelah ENGKAU berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMU,sesungguhnya ENGKAU MAHA PEMBERI”
(al-imran:8)

Lihat sahabat-sahabat..didalam al-quran bermacam-macam doa dan panduan yang telah ALLAH catatkan buat hamba-hambaNYA..kasih nya ALLAH pada kita…Nabi saw juga bersabda bahawa ‘telah aku tinggalkan dua perkara,iaitu sesiapa yang berpegang dengannya maka dia tidak akan sesat yakni Al-Quran Dan As-Sunnah’..demikian telah tercatat peringatan buat kita sebagai hamba ALLAH YANG ESA…
Apa-apapun…terima kasih YA ALLAH kerana ENGKAU telah kirimkan sidia untuk menyedarkan diri yang hina ini…terima kasih my naqibah…smoga ALLAH membalas jasa baikmu didunia jua diakhirat…smoga kita bertemu jua diJANNAH ILLAHI….



“YA ALLAH, YA TUHANKU…jika mati itu terbaik untuk aku, maka matikanlah aku didalam iman,dialam kubur bersama iman,dihari kebangkitan juga bersama iman,dihari pembalasan juga bersama iman..kesyurga juga bersama iman..ameen..”

Saturday 9 March 2013

~LA tAHzAN,MesKIPun Dia BukAn MILikku~

Asslamualaikum w.b.t.........
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah swt kurniakan pada kita hari ini,
sebelum ini,semasa ini dan selepas  ini...........
Lama sudah jari-jemari ini tidak emnyentuh keyboard untuk m'update blog cheezypopia ini ye.........
apa khabar semuaaaaaaa???(hakikatnya ana tahu ana sedang merapu untuk diri sendiri je)
hehehe.....xpe asalkan dapat merapu pon jadilah kan.......

Topik yang ana nk merapu hari ni is about "~LA tAHzAN,MesKiPun Dia BukAn MILikku~"...
setiap orang mengimpikan pasangan-pasangan suami dan isteri yang baik-baik belaka......
begitu juga ana(hehehe...tengah poyo,jangan layan ye),kalau ditanya orang yang jahat
(eh2 xsronok guna jahat,coz ana pon xbaik sangat...huhu) ok tukar kalau ditanya orang yang xikot perintah Allah swt sepenuhnya pon,mereka akan menjawab bahawa kriteria pasangan hidupnya mestilah sperti yang pernah disabdakan oleh Junjungan Nabi kita Nabi Muhammad saw iaitu sabdaNya 
MENYENTUH 4 perkara yang harus dititikberatkan semasa memilih pasangan hidup...
1)keturunan 2)harta 3)paras rupa 4)agama.............
apatah lagi insan-insan yang mengikut perintah Allah kan?kan?kan?

sedihkan bila dia yang kita harapkan untuk menjadi TEMAN hIDUP kita tidak menjadi milik kita.....
memang sangat sedih....ana xtipu,ana pernah b'temu dengan seorang jejaka ini dan jatuh cinta pada agama, ilmu dan akhlak yang beliau miliki dan pernah berharap untuk memilikinya....tetapi Allah swt itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat ana...dan Allah telah hadirkan seseorang yg lain kepda Allah maybe dia yg terbaik buat anan yg xseberapa baik ni kan sedangkan dia seorang yg sgt baik......dan ana yakin dan percaya akan janji yang Allah swt catatkan dalam kalamNYA bahawa "perempuan-perempuan yg keji untk laki-laki yg keji,dan laki-laki yg keji utk perempuan-perempuan yg keji,sedangkan perempuan-perempuan yg baik untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik pula utk perempuan-perempuan yg baik...." demikianlah kalam Allah swt yg tlah t'tulis ddalam Al-FurqanNYA...

so, mana-mana yg nk kahwin tu jgn risau truskan istikharah smoga pasangan dunia akhirat kita adlh seorng insan yg bisa membimbing kita kearah jalan yang DIREDHAI ALLAH swt...truskan solat hajat untuk minta apa yg kita mahukan...dan latihlah diri kita utk solat sunat taubat juga,hal ini kerana kita hanya manusia biasa yg xlekang dari melakukn kesilapan......moga2 apa yg kita mahukan itu seiring dengan redha dan rahmat DARINYA YANG MAHA ESA...:)

Wednesday 23 January 2013

DAkwah buKAn HANya dgn tuLisAN seMAta-mAta..

daKwaH Itu INDAH,,,,,,,,,susah ke? xdelah biasa-biasa je.....gunakan kreativiti ntum untuk berdakwah.....xmampu menulis...bercakaplah...xmampu bercakap menulis la...dan banyak lagi cara dakwah....gunakan method yang betol...laksanakan dengan berhikmah...tepatilah syariah yg digariskan.....
in shaa Allah, Allah swt itu akan nilai usaha kita walaupun kecil...
sedikit-sedikit, lama-lama jadi lah bukit....
IN SHAA ALLAH.......

KASIHILAH SAUDARA SEISLAM KITA,SAYANGILAH MEREKA......
JANGAN PULA ZALIMI ORANG-ORANG YG XM'ZALIMI KITA..........................
DOAKAN SUPAYA MEREKA YG TDAK M'HAYATI ISLAM, MENDAPAT HIDAYAT DARI YANG MAHA ESA...DAN SMOGA KITA ISTIQAMAH DIJALAN AD-DIN ISLAM SAMPA KE AKHIRNYA....IN SHAA ALLLAH...

Thursday 13 December 2012


>KATA-KATA HIKMAT SALAHUDDIN AL-AYUBI<


+ saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT

+ saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan MASALAH unutk DISELESAIKAN

+ saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA

+ saya meminta CINTA dan Allah memberi saya ORANG-ORANG BERMASALAH untuk DIBANTU

+ saya meminta NIKMAT dan DIA memberikan PELUANG

+ dan saya tidak meminta APA-APA untuk diri saya tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.......

Sunday 14 October 2012

~kitA haNyAlah HAMBANNYA~

~KITA HANYALAH HAMBA ALLAH YANG ESA~

assAlamualaikum shabat2 ana yg dikasihi Allah sekalian...sdikit kata2 YG INGIN dsharekan b'sama shbat semua...

shbat2 sedarlah wahai sahbat...
kita hanyalah hamba Allah yg xpunya apa2 pon,
kita ini hina,kerdil,kosong,kotor...
kita hanyala manusia biasa je shbat...
Allah xpandang pon kite punye harta dan pangkat,apa yg Allah pandang hanyalah TAQWA...
so xyah la kita nk bangga dgn ap yg kita ade skarang nie...
sahbat SEDARLAH bhawa kehidupan dunia ini hanyalah padang p'mainan..
yg KEKAL hanyalh AKHIRAT sana...
sahabt jom sama2 kita jadikan DUNIA ini sbgai LAMAN/LADANG YG SUBUR UNTUK AKHIRAT....

berhentilah BERANGAN dgn benda yg xpasti lgi tue...
xsalah nk belajar ILMU DUNIA,tpi ILMU AKHIRAT jgn sesekali kita LEPASKAN....

WAHAI SAHABAT YG DIKASIHI ALLAH SEKALIAN...CUBA HAYATI BAIT2 KATA BAGINDA INI:

Abu Zar Al-Ghiffari r.a b'kata "sya b'kata kpda Rasulullah s.a.w "apkah kandungan Suhuf Nabi Musa?" baginda menjawab:

"keseluruhan adlh PENGAJARAN".aku merasa hairan t'hadap orang yg yakinkpd KEMATIAN ttpi ia masih terus B'GEMBIRA, aku hairan kpd orang yg yakin kpd NERAKA tt

pi masih KETAWA,aku hairan kpd org yg yakin kpd QADAR,ttpi masih KECEWA,aku hairan t'hadp org yg MELIHAT DUNIA YG MEMBOLAK-BALIK PENGHUNINYA ttpi masih MERASA AMAN t'hadap dunia, aku juga merasa hairan t'hdp org yg menyakini ADANYA HISAB dikemudian hari ttpi masih tetap TIDAK BERAMAL(UNUTK BEKALN)". 


(riwayat ibn haban)





JOMJADIBAIK+ALLAH SUKA+RASUL SAYANG+KELUARGA BAHAGIA=INSYAALLAH(semuanya DENGAN IZIN ALLAH)