Meskipun ubat
disisi,tanpa izinNYA sakit jualah yang menemani
Assalamualaikum
wbt…..
Alhamdulillah
bersyukur kita kehadrat ILLAHI dengan limpah kurniaan yang diberikan oleh NYA
untuk kita sama-sama meneruskan hidup sehingga saat ini bersama nikmat iman dan
islam yang diberikan…..tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan kita
nabi Muhammad saw yang merupakan pesuruh Allah swt dalam menyampaikan
peringatan-peringatan buat hamba-hambaNYA didunia ini…
Seseungguhnya
pemergian baginda saw sangat-sangat menyedihkan hati-hati yang mencari keredhaan,cinta
dan rahmat Allah swt :'(…. Marilah sama-sama kita berselawat keatas baginda saw
sebagai tanda rasa rindu,kasih dan cinta pada baginda saw “Allahumma Solli Ala
Sayyidina Muhammad wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wassalim”…..semoga iaanya memberi
syafaat kepada kita diakhirat nanti… tiadanya baginda saw pada ketika ini tidak
bermakna terhentinya segala perjuangan baginda saw, maka tugas kita lah untuk
menyambung dakwah-dakwah yang baginda tinggalkan ini... meskipun baginda tiada
disisi, dekatkanlah diri-diri kita dengan para ulama’ dan ilmuan ketika ini…
Sahabat-sahabat yang
dikasihi Allah,hari ni just nk share about “the NikmAT given By ALLAH SWT”
Sihat atau sakit itu juga
adalah nikmat yang Allah kurniakan buat kita….. jadi usahlah kita mengeluh
diatas setiap Allah swt kurniakan kerna itu semua nikmat yang tidak terhingga
buat hamba-hambaNYA….
Jika diberi kesihatan
maka ucapkanlah Alhamdulillah dan perbanyakan lah istighfar untuk koreksi diri kerana
terdapat didalam sebuah hadis yang mengatakan “tidak beriman seseorang selagi
mana dia belum diuji”, ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya
ujian kesihatan sahaja malah dari segi kewangan emosi dan juga fizikal. Manakala,
jika diberi kesakitan pula maka ucapkan Alhamdulillah kerna Allah memberi peluang
untuk kita mengenang apa yang telah kita lakukan didunia ini,dan semoga sakit
ini penghapus dosa-dosa kita yang lalu…bertaubatlah kita sebelum berpisahnya
roh dari jasad kita…Allahu Rabbi
Melihat pada
kesihatan diri yang dikurniakan Allah swt…maka diri mula lupa itu adalah
kurniaan Allah swt… hari-hari berlalu tanpa ada rasa syukur pada
ILLAHI..astaghfirullah…. tiba-tiba diri ini terpaksa berperang dengan kesakitan yang dialami…mulalah
teringat akan PENCIPTAKU yang MAHA ESA…astaghfirullah.. Ya Allah ampunkanlah
dosa-dosaku sesungguhnya aku telah lupa akan nikmat yang engkau berikan….
Terima Kasih Ya Allah
kerana telah engkau telah kurniakan kesakitan untuk aku ini….dengan nikmat
kesakitan yang diberikan aku mula muhasabah diri..astaghfirullah banyaknya dosa
hambaMU ini Ya Allah…. “ Ya Allah Ya Tuhanku,aku bermohon kepadaMU ampunilah
dosa-dosaku dan dosa kedua ibubapa serta saudara-saudara islamku…Ya Allah Ya
Tuhanku semoga sakit ku ini penghapus dosa-dosa hambaMU yang lalai lagi hina
ini”..ameen….
Benarlah pepatah
melayu yang dipopularkan bila senang dilupa-lupakan dan bila susah mulalah
terhegeh-hegeh… Ampunkan hambamu ini YA ALLAH…. Semoga sakit kali ini
membuatkan hambaMU ini tidak lagi lalai, alpa, sombong, dan takbur akan nikmat
yang engkau berikan ini…. Sesungguhnya kasih sayangMU kepada hamba-hambaMU ini
sangatlah tidak terhingga untung dihitung…..
SAHABAT-SAHABAT YANG
DIKASIHI ALLAH SWT… meskipun sakititu diubati dengan pelbagai jenis ubat…dengan
beberapa orang doctor-doctor pakar jika Allah tidak izinkan untuk kesembuhan
sakit itu usah bermimpi untuk sihat…. Usah bermimpi sakit mu akan hilang jika
diri kita itu JAUH dari ALLAH SWT…
Kerna semua itu
berlaku dengan KEHENDAKNYA….jika DIA kata “jadilah,maka jadilah ia seperti yang
DIA kehendaki” tiada siap pon yang bisa menghalangiNYA…….
“MENCEGAH LEBIH BAIK
DARIPADA MENGUBATI”
“SESUNGGUHNYA ALLAH
SWT LEBIH MENGASIHI MUKMIN YANG LEBIH KUAT (SIHAT)”